1. Waktu Solat
1.1 Macam mana lokasi waktu solat ditetapkan dalam App Khair?
▼
Lokasi waktu solat ditetapkan secara automatik menggunakan GPS mengikut kawasan anda berada.
Apabila anda pergi ke kawasan baharu, buka App Khair supaya sistem dapat mengemaskini zon dan waktu solat dengan tepat.
Langkah-langkah:
1️⃣ Pergi ke kawasan baharu
2️⃣ Buka App Khair
3️⃣ Lokasi akan dikemaskini secara automatik mengikut kawasan baharu anda berada
4️⃣ Jika ingin semak atau ubah waktu solat di tempat lain, sila buka App Khair terlebih dahulu untuk mengemaskini zon kawasan
1.2 Kenapa perlu aktifkan Allow Location untuk waktu solat?
▼
Untuk memastikan waktu solat dipaparkan dengan tepat, Allow Location perlu diaktifkan terlebih dahulu.
Lokasi waktu solat akan ditetapkan secara automatik menggunakan GPS mengikut kawasan anda berada.
Cara aktifkan Allow Location:
1️⃣ Pergi ke Settings phone
2️⃣ Pilih App Khair
3️⃣ Aktifkan Allow Location
4️⃣ Lokasi waktu solat akan auto ikut kawasan anda berada (GPS)
5️⃣ Bila pergi ke kawasan baharu, buka App Khair untuk update zon & waktu solat
1.3 Macam mana nak OFF notifikasi Azan App Khair?
▼
Jika anda ingin mematikan notifikasi azan atau peringatan waktu solat, ikut langkah berikut:
Langkah-langkah:
1️⃣ Pergi ke Settings phone
2️⃣ Pilih App Khair
3️⃣ Tekan Notifications
4️⃣ Pilih OFF / Disable Notifications
📌 Nota: Jika notifikasi dimatikan, peringatan seperti waktu solat, azan atau info penting tidak akan dipaparkan.
2. Madrasah Digital
2.1 Apa itu Madrasah Digital?
▼
Madrasah Digital ialah platform pembelajaran agama secara video di dalam App Khair.
Ia boleh diakses bila-bila masa & di mana sahaja, sesuai untuk yang sibuk atau terlepas kelas di masjid atau surau.
2.2 Macam mana nak langgan / beli akses Madrasah Digital?
▼
Langkah-langkah:
1️⃣ Buka App Khair
2️⃣ Pergi ke menu Madrasah Digital
3️⃣ Pilih kelas / modul pembelajaran yang ingin diikuti
4️⃣ Tekan Langgan / Beli Akses
5️⃣ Lengkapkan pembayaran
6️⃣ Akses akan aktif secara automatik selepas bayaran berjaya
2.3 Lepas buat bayaran, macam mana nak akses Madrasah Digital?
▼
Jawapan:
• Akses Madrasah Digital akan aktif secara automatik
• Pastikan log masuk menggunakan akaun yang sama semasa pembelian
• Video & modul boleh terus ditonton dalam App Khair
2.4 Kenapa saya tak nampak akses walaupun dah bayar?
▼
Jawapan: Antara sebab biasa:
1️⃣ Log masuk akaun berbeza
2️⃣ Internet tidak stabil
3️⃣ App Khair belum dikemaskini
👉 Cadangan: logout & login semula, pastikan guna akaun betul, dan kemaskini app ke versi terkini.
2.5 Boleh ke akses Madrasah Digital guna lebih dari satu peranti?
▼
Jawapan: Boleh, selagi log masuk menggunakan akaun yang sama.
Namun, untuk keselamatan akaun, elakkan berkongsi login dengan terlalu ramai.
2.6 Adakah video Madrasah Digital boleh ditonton berulang kali?
▼
Jawapan: Ya 👍
Video boleh ditonton berulang kali mengikut tempoh akses yang ditetapkan bagi program tersebut.
2.7 Kenapa video Madrasah Digital tak boleh play?
▼
Jawapan: Antara punca biasa:
1️⃣ Internet perlahan
2️⃣ App versi lama
👉 Cadangan: Cuba tukar rangkaian internet atau kemaskini app ke versi terkini.
2.8 Jika ada masalah berkaitan Madrasah Digital, siapa boleh dihubungi?
▼
Untuk sebarang isu berkaitan pembelian atau akses Madrasah Digital,
sila hubungi team support Khair di WhatsApp 012-226 1601 dengan sertakan maklumat akaun atau pembelian 😊
3. Shop Khair
3.1 Apa itu Shop Khair?
▼
Shop Khair ialah ruangan dalam App Khair untuk pembelian produk jenama Khair seperti baju, topi, kopiah dan pelbagai barangan lain.
3.2 Macam mana nak buat pembelian di Shop Khair?
▼
Langkah-langkah:
1️⃣ Buka App Khair
2️⃣ Pergi ke Shop Khair
3️⃣ Pilih produk yang diinginkan
4️⃣ Masukkan alamat penghantaran yang lengkap & betul
5️⃣ Teruskan ke pembayaran
6️⃣ Sahkan bayaran
📌 Nota: Pastikan alamat, nombor telefon dan nama penerima tepat untuk elakkan isu penghantaran.
3.3 Saya dah buat bayaran, macam mana nak semak status pesanan?
▼
Jawapan: Selepas bayaran berjaya:
• Makluman pembelian akan dihantar melalui emel
• Jika belum terima bungkusan, sila hubungi WhatsApp 018-228 7297 dengan sertakan maklumat pembelian 😊
3.4 Kenapa bayaran saya gagal?
▼
Jawapan: Antara sebab biasa:
1️⃣ Internet tidak stabil
2️⃣ Gangguan sementara sistem bank / FPX
3️⃣ App Khair belum dikemaskini
👉 Cadangan: cuba semula selepas beberapa minit atau kemaskini app ke versi terkini.
3.5 Boleh ke buat pembelian untuk orang lain?
▼
Jawapan: Boleh 👍
Pastikan maklumat penghantaran diisi dengan betul dan lengkap semasa checkout.
4. Arah Kiblat
4.1 Macam mana arah kiblat ditentukan dalam App Khair?
▼
Arah kiblat dalam App Khair ditentukan menggunakan sensor kompas & GPS pada telefon anda, berdasarkan lokasi semasa.
Untuk ketepatan terbaik, pastikan:
• Location (GPS) diaktifkan
• Telefon tidak berada berhampiran objek besi / magnet
• Telefon diletakkan di permukaan rata
4.2 Kenapa arah kiblat tak tepat atau berubah-ubah?
▼
Jawapan: Antara punca biasa:
1️⃣ Sensor kompas belum ditentukur (calibrate)
2️⃣ Telefon terlalu dekat dengan besi, magnet atau peralatan elektronik
3️⃣ Location (GPS) belum diaktifkan
4️⃣ App belum dibuka semula selepas berpindah lokasi
👉 Cadangan: gerakkan telefon dalam bentuk angka 8 (∞) untuk calibrate kompas dan buka semula App Khair.
4.3 Macam mana nak pastikan arah kiblat lebih tepat?
▼
Langkah-langkah:
1️⃣ Aktifkan Allow Location
2️⃣ Pastikan kompas telefon berfungsi
3️⃣ Letakkan telefon di permukaan rata
4️⃣ Elakkan kawasan berhampiran besi / magnet
5️⃣ Buka App Khair semula jika tukar lokasi
4.4 Perlu ke buka App Khair bila tukar lokasi?
▼
Jawapan: Ya 👍
Apabila anda berada di kawasan baharu, buka App Khair supaya sistem dapat mengemaskini lokasi dan menentukan arah kiblat dengan tepat.
4.5 Kenapa perlu Allow Location untuk arah kiblat?
▼
Jawapan:
Arah kiblat memerlukan lokasi semasa untuk pengiraan arah yang tepat.
Tanpa Allow Location, arah kiblat mungkin tidak tepat atau tidak dapat dipaparkan.
4.6 Jika masih ragu dengan arah kiblat, apa perlu buat?
▼
Jawapan: Anda boleh:
• Bandingkan dengan kompas fizikal / tanda kiblat masjid
• Pastikan telefon telah di-calibrate
• Hubungi team support Khair untuk bantuan lanjut